- Polisi ini melindungi majikan terhadap kehilangan wang atau stok barangan disebabkan perbuatan tidak jujur atau penipuan pekerjanya.
- Jaminan kesetiaan berkait rapat dengan situasi dimana pekerja diberi tanggungjawab menjaga hal ehwal kewangan atau harta milik majikan. Contohnya pekerja yang berusurusan dengan wang tunai (sebagai juruwang atau pembantu jualan) atau mengendali akuan syarikat (sebagai akauntan, operator komputer atau pengurus belian).
- Insurer bertindak sebgai penjamin kepada individu yang diinsuranskan dan sekiranya insured melakukan penipuan atau bertindak tidak jujur terhadap majikannya, penjamin iaitu insurer akan membuat bayaran pampasan gantirugi atas ketidakjujuran dan penipuan yang telah berlaku.
- Perlakuan tidak jujur atau penipuan itu mestilah berlaku ketika ;
- Dalam tempoh kuatkuasa insurans;
- Pekerja dalam tempoh perkhidmatan yang berterusan
- Perbuatan tersebut diketahuidan dilaporkan dalam tempoh tidak melebihi 6 bulan selepas tarikh letak jawatan, kematian, dipecat atau tarikh bersara pekerja yang didapati bersalah atau selepas tamat tempoh kuatkuasa polisi; yang mana terdahulu.
-Seacara amnya, jarang terdapat pengecualian bagi polisi jaminan kesetiaan.
Jenis-jenis Polisi Kesetiaan
-Jenis-jenis polisi kesetiaan yang dikeluarkan oleh insurer adalah seperti berikut;
a) Polisi Individu
- Polisi ini melindungi pekerja yang dinamakan untuk amaun yang telah ditetapkan.
- Dinamakan secara kolektif - Polisi ini memasukkan senarai yang mengandungi nama dan tugas individu dijamin. Amuan jaminan ditetapkan bagi setiap nama, samada amaun bagi setiap individu atau amuan terapung keseluruhan.
- Tidak dinamakan secara kolektif - polisi ini melindungi majikan terhadap kerugian disebabkan ketidakjujuran atau penipuan pekerja dari kategori tertentu seperti pengurus, juruwang, penjaga stor dan kerani.
- Polisi ini melindungi majikan terhadap kerugian akibat ketidakjujuran atau penipuan oleh semua pekerja tanpa menyenaraikan nama atau kedudukan mereka.