- Adalah penting untuk kita membezakan antara bon dan polisi insurans:
- Bon adalah kontrak khusus yang dikeluarkan dibawah perjanjian yang dimeterai dan biasanya melibatkan hubungan tiga pihak.
- Polisi insurans secara perundangannya ditakrifkan sebagai suatu kontrak mudah yang melibatkan hubungan dua pihak iaitu insured dan insurer.
- Bon perniagaan biasanya tidak dikeluarkan secara berasingan tetapi dikeluarkan bersama-sama dengan polisi insurans seperti insurans Semua Risiko Kontraktor dan Semua Risiko Pembinaan.
- Bon prestasi digunakan terutamanya yang melibatkan projek membina bangunan atau kejuruteraan yang kebiasaannya majikan memerlukan khidmat kontraktor untuk menyediakan bon prestasi ini sebagai jaminan terhadap kemungkinan kontraktor gagal menyiapkan projek mengikut terma dan syarat.
Bon prestasi melibatkan tiga pihak iaitu :
- Prinsipal (majikan) - pihak yang memberi kontrak kerja dan yang akan menerima pampasan sekiranya kontraktor tidak melaksankan kontrak tersebut.
- Kontraktor - seseorang yang menerima kontrak kerja dan bertanggungjwab melaksanakan kerja seperti yang dinyatkan dalam kontrak.
- Penjamin (insurer) - penyedia iaitu insurer yang bersetuju untuk membayar sejumlah wang sekiranya kontraktor gagal melaksanakan tanggungjawab kontraknya.
No comments:
Post a Comment