Perlindungan Asas
-Polisi
ini melindungi majikan terhadap kehilangan wang atau stok barangan
disebabkan perbuatan tidak jujur atau pernipuan pekerjanya.
-Jaminan
kesetiaan berkait rapat dengan situasi dimana pekerja diberi
tanggungjawab menjaga hal ehwal kewangan atau harta milik majikan.
Contohnya pekerja yang berurusan dengan wang tunai (sebagai juruwang
atau pembantu jualan) atau mengendali akaun syarikat sebagai (akauntan,
operator komputer atau pengurus belian)
-Insurer
bertindak sebagai penjamin kepada individu yang diinsuranskan dan
sekiranyaa insured melakukan atau bertindak tidak jujur terhadap
majikannya, penjamin iaitu insurer akan membuat bayaran pampasan
gantirugi atas ketidakjujuran dan penipuan yang telah berlaku.
-Perlakuan tidak jujur atau penipuan itu mestilah berlaku ketika :
- Dalam tempoh kuatkuasa insurans.
- Pekerja dalam tempoh perkhidmatan yang berterusan.
- Perbuatan tersebut diketahui dan dilaporkan dalam tempoh tidak melebihi 6 bulan selepas tarikh letak jawatan, kematian, dipecat, atau tarikh bersara pekerja yang didapati bersalah atau selepas tamat tempoh kuatkuasa polisi ; yang mana terdahulu.
Pengecualian
Secara amnya jarang terdapat pengecualian bagi polisi insurans jaminan.
Jenis-jenis polisi kesetiaan
Jenis-jenis polisi kesetiaan yang dikeluarkan oleh insurer adalah seperti berikut :
a) Polisi Individu
polisi ini melindungi pekerja yang dinamakan untuk amaun yang telah ditetapkan.
b) Polisi Kolektif
-
Dinamakan secara kolektif : polisi ini memasukkan senarai yang
mengadungi nama dan tugas individu dijamin. Amaun jaminan ditetapkan
bagi setiap nama, samada amaun bagi terapung keseluruhan.
-
Tidak dinamakan secara kolektif : Polisi ini melindungi majikan
terhadap kerugian disebabkan ketidakjujuran atau penipuan pekerja dari
kategori tertentu seperti pengurus, juruwang, penjaga stor dan kerani.
c) Polisi Sarwa (menyeluruh)
Polisi
ini melindungi majikan terhadap kerugian akibat ketidakjujuran atau
penipuan oleh semua pekerja tanpa menyenaraikan nama atau kedudukan
mereka.
No comments:
Post a Comment